Porsche akan buka kilang di Kedah



Porsche AG (Porsche), syarikat pembuatan automotif Jerman mengumumkan penubuhan kemudahan pemasangan pertama di luar Eropah iaitu di Kedah.

Menerusi kerjasama dengan Sime Darby Berhad, ia menggambarkan keyakinan kepada Malaysia sebagai satu pintu masuknya ke pasaran Asean.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif ini sekali gus menjadikan Kedah sebagai lokasi kilang Porsche yang pertama di luar Eropah.

Ini juga menandakan komitmen Porsche untuk memperkukuhkan kehadiran jangka panjang di ASEAN.

Operasi pemasangan tempatan tersebut selaras dengan inisiatif pertumbuhan menyeluruh yang dilancarkan pada 2018.

Ia juga mencerminkan keyakinan Porsche terhadap kedudukan kuat Malaysia sebagai hab pembuatan pilihan bagi Original Equipment Manufactures, OEM antarabangsa.

source