Myanmar terima cadangan Malaysia untuk tangani krisis di negara itu



Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ketua Junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing menerima cadangan yang dikemukakan Malaysia.

Situasi tersebut memberi peluang kepada Asean untuk memainkan peranan utama dalam menyelesaikan konflik di Myanmar.

Terdahulu, Malaysia mengemukakan tiga cadangan bagi menyelesaikan krisis politik Myanmar yang telah meragut lebih 700 nyawa.

Menerusi cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu Pertemuan Pemimpin-Pemimpin ASEAN di Sekretariat ASEAN, Jakarta, junta Myanmar digesa menghentikan segera pembunuhan dan keganasan terhadap orang awam.

Tan Sri Muhyiddin mengingatkan kepentingan Myanmar dalam mempengaruhi kerjasama ASEAN.

Selain menghentikan keganasan terhadap orang awam, Malaysia mahu semua tahanan politik dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.

Cadangan ketiga, membenarkan Pengerusi ASEAN mendapat akses ke negara itu.

source