Mesir hantar jentera dan krew kejuteraan ke Gaza,bantu bina semua Palestin



Mesir menghantar jentera kejuruteraan dan kru ke Semenanjung Gaza pada Jumaat, untuk membina semula wilayah Palestin yang musnah akibat serangan bom oleh Israel.

Kerajaan Mesir, dalam satu kenyataan berkata, penghantaran bantuan itu dibuat susulan arahan Presidennya, Abdel Fattah al-Sisi.

Portal berita kerajaan Mesir, Ahram Online, melaporkan kelengkapan yang merangkumi sejumlah trak, jentolak dan kren itu akan membuang serpihan dan runtuhan bangunan selain menyediakan tapak untuk kerja-kerja pembinaan semula.

Abdel Fattah al-Sisi sebelum ini berikrar untuk menyumbang 500 juta dollar amerika, bagi membantu pembinaan semula Gaza dengan pembabitan syarikat Mesir.

Mesir juga memainkan peranan utama dalam rundingan gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hamas pada 21 Mei lalu.

Pertempuran berdarah selama 11 hari itu memusnahkan sebahagian besar Semenanjung Gaza termasuk bangunan, infrastruktur awam dan kediaman.Ia meragut nyawa 254 rakyat Palestin dan 12 penduduk Israel.

source