Malaysia dan Mesir bincang usaha semarakkan semula kerjasama



Malaysia dan Mesir akan menyemarakkan semula hubungan dan kerjasama dua hala, terutama dalam konteks politik dan ekonomi.

Ia dipersetujui bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin dan Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi melalui sidang video, semalam.

Kedua-dua pemimpin berkenaan juga akan memupuk kerjasama lebih meluas dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan, pelancongan dan pembangunan infrastruktur.

Mesir adalah rakan dagang Malaysia yang terbesar di rantau Afrika Utara dengan nilai dagangan tahun lalu mencecah RM2.06 bilion.

source