Malaysia Dan Jepun Perkukuh Bidang Maritim



Kerjasama Malaysia dan Jepun diperkukuhkan lagi menerusi bidang maritim.Ia direalisasikan melalui penganjuran bengkel kongsi kepakaran bagi menangani insiden tumpahan minyak oleh Pengawal Pantai Jepun (JCG) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Penasihat Khas kepadsa Perdana Menteri Jepun, bagi Hal Ehwal Keselamatan Negara, Minoru Kihara berkata, kerjasama maritim ini menyaksikan penggunaan serentak kapal peronda JCG dan pesawat udara di perairan Malaysia…buat pertama kali.
Katanya… hasil daripada Dasar Pandang Ke Timur kerjasama kedua dua negara dapat dipertingkatkan lagi ke arah merealisasikan rantau Indo -Pasifik yang bebas dan terbuka.

source